Soalan Lazim (FAQ)
01. Penghantaran & Pesanan
1. Berapa lama masa penghantaran?
Tempoh penghantaran ialah 2 hingga 5 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda.
2. Boleh tak saya semak status penghantaran?
Ya. Selepas pesanan dihantar, anda akan menerima nombor tracking melalui emel atau WhatsApp untuk semakan status.
3. Berapakah caj penghantaran?
Caj bergantung kepada lokasi:
Semenanjung Malaysia: RM8
Sabah & Sarawak: RM12
(Percuma jika pembelian RM100 ke atas)
4. Boleh saya ubah alamat selepas buat pesanan?
Boleh, tetapi sila hubungi kami segera. Jika pesanan belum dihantar, kami boleh bantu kemas kini alamat.
5. Adakah penghantaran dibuat pada hujung minggu?
Penghantaran biasanya dibuat pada hari bekerja (Isnin–Jumaat). Tiada penghantaran dibuat pada cuti umum.
02. Produk & Keselamatan
1. Adakah produk ViProlabs sesuai untuk kulit sensitif?
Ya. Produk kami bebas paraben, pewangi sintetik dan diuji secara dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bayi.
2. Adakah produk ViProlabs ada kelulusan KKM?
Semua produk kami diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai notifikasi rasmi.
3. Produk ini sesuai untuk lelaki juga ke?
Ya. Formulasi kami sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia fokus kepada keperluan asas kulit.
4. Saya ada ekzema. Boleh guna produk ni?
Ramai pengguna ekzema memberi maklum balas positif. Namun, kami sarankan buat patch test dahulu dan hentikan penggunaan jika berlaku iritasi.
5. Adakah produk ini diuji ke atas haiwan?
Tidak. ViProlabs tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Kami menyokong penjagaan kulit yang beretika.
03. Pemulangan & Pertukaran
1. Bagaimana jika saya terima produk yang rosak?
Sila hubungi kami dalam masa 7 hari bersama gambar produk. Kami akan gantikan atau pulangkan bayaran anda.
2. Saya terima produk yang salah. Apa perlu saya buat?
Kami minta maaf atas kesilapan. Hubungi kami segera dan kami akan aturkan penghantaran semula tanpa caj tambahan.
3. Boleh saya pulangkan produk jika saya tukar fikiran?
Maaf, kami tidak menerima pemulangan atas alasan perubahan fikiran. Hanya produk rosak atau salah diterima akan diproses.
4. Siapa tanggung kos pemulangan?
Jika kesilapan dari pihak kami (produk salah/rosak), kos ditanggung oleh kami. Jika tidak, kos pemulangan ditanggung pelanggan.
5. Berapa lama proses pemulangan selesai?
Pemulangan diproses dalam 3–5 hari bekerja selepas produk diterima dan disahkan.
04. Penggunaan Produk
1. Berapa kali perlu saya guna Moisty Gel?
Untuk hasil optimum, guna 2 kali sehari – pagi dan malam, selepas cuci muka.
2. Firming Spray perlu diguna bila?
Gunakan bila-bila masa kulit rasa kering atau selepas sapu Moisty Gel untuk kesan berganda.
3. Boleh tak pakai produk ni bawah makeup?
Ya. Produk kami ringan dan cepat meresap. Ia juga sesuai dijadikan base sebelum makeup.
4. Perlu simpan dalam peti sejuk ke?
Tak wajib, tapi menyimpan dalam peti sejuk boleh beri rasa lebih menyegarkan semasa disembur.
5. Berapa lama satu botol boleh tahan?
Bergantung kepada penggunaan. Secara purata, satu botol Moisty Gel boleh tahan 1 hingga 1.5 bulan dengan penggunaan harian.